Posts

Showing posts from July, 2018
Laporan (iFSC) 2018     Pada 24 Julai 2018, Kolej PERMATApintar Negara mengadakan sebuah program  pembentangan penyelidikan bagi pelajar Tahap 2. Program telah berlangsung selama 3 hari. Seramai 90 orang peserta telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing kepada para juri. Program ini disertai para pelajar daripada seluruh Malaysia. Tambahan pula, terdapat satu kumpulan penyelidikan daripada Shibata High School, Jepun, yang turut menyertai program tersebut. Para peserta telah melakukan yang terbaik dan program telah berjalan dengan lancar.     Persediaan bagi program telah bermula sejak minggu sebelumnya lagi. Pada 23 Julai 2018, raptai bagi program tersebut telah diadakan sepanjang hari tersebut. Persediaan yang rapi telah dilakukan bagi menjamin perjalanan majlis yang lancar. Para peserta mula menghias tempat pameran penyelidikan mereka bermula daripada pagi hingga ke penghujung hari. Para pelajar yang melakukan persembahan telah berlatih seh...

Latihan (KBAT) Soalan Tatabahasa

SET RAMALAN 1  Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.  Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.  (i)              Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas. FN+ FK (ii)             Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas. Subjek : Vincent Chong  Predikat : menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. (iii)            Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif. Zalipah dihadiahi Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. (iv)           Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang. Bersempena dengan hari jadinya yang ke- 14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebua...

Latihan Bahasa Melayu (KBAT) peribahasa

Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. LATIHAN 1 (i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas. Laksana bulan dipagari bintang. (ii) Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja. Seperti ayam patuk anaknya. (iii) Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan . Ada gula, ada semut. LATIHAN 2 (i) Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai. Ada rotan, ada duri. (ii) Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tida...
          Petikan membincangkan  kebaikan-kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di negara kita           Antara kebaikan-kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Pertama , orang ramai yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik. Kedua, membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Ketiga, bantuan dapat disalurkan secara lebih tersusun,terhormat dan telus. Keempat, Pesakit kronik tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Kelima, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil,proaktif dan komprehensif.           Antara sebab-sebab penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik.

Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.  Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak. Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakitpesakit kronik mendapat bantua...