Latihan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan
    harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah
    pembekalan simen.

3. Junainah hanya berdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak
    mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu.

4. Perompak yang sangat berbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang
    ditemukan oleh pihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
    yang dijalankan.

6. Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih
    tidak berubah.

7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan bas ekspres
    itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmetik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan dijual di negara ini.

9. Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam perdebatan itu kerana
      pihak pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.

11. Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga yang
      ditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan
      tarian asli yang dipertontonkan.

13. Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan
      supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

14. Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan
      perlumbaan kerana kesuntukan masa.

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan pencabarnya pada pusingan
      yang kelima.

16. Oleh sebab dia menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
      diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana mereka
      menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

18. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut
      terjebak dengan gejala gengsterisme.

19. Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan diberi peluang bagi menceburkan diri
      dalam bidang perniagaan dan industri kecil.

20. Walaupun tertewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamerkan
      permainan yang menarik dan penuh semangat sukan.


21. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan kemerdekaan tanah air selesai. 

22. Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar. 

23. Pendidikan prasekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka kepada persekitaran sosial. 

24. Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai. 

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak. 

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas. 

27. Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakan tradisional Melayu pada minggu yang lalu. 

28. Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh. 

29. Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan  diri dalam lapangan perniagaan. 

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. 

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing. 

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan. 

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga. 

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk memperlebar jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah. 
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun. 

36. Mereka menyesali sikap pihak kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian. 

37. Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal. 

38. “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah. 

39. Dalam perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya sentiasa bersatu-padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama. 

40. Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesar pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya. 

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang. 

42. Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu. 

43. Kerajaan menggubal sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisien. 

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita. 

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahi ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa. 

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul. 

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

Latihan Bina Ayat

Latihan Bahasa Melayu (KBAT) peribahasa

Latihan Peribahasa