Latihan Peribahasa
1. bagaikan kera mendapat bunga
maksud : orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain yang berharga.
Ayat : Ali bagaikan kera mendapat bunga kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja Ali telah merosakkannya.
2. kerana lembu seekor membawa Lumpur, semuanya terpalit
maksud : disebabkan seorang berbuat keburukan, satu kumpulan menjadi buruk.
Ayat : Penglibatan pelajar tersebut dalam jenayah itu mencemarkan nama baik sekolahnya kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
maksud: mengharapkan sesuatu yang belum pasti
ayat: Ahmad seperti burung terbang dipipiskan lada kerana mengharapkan tawaran kemasukannya ke Universiti.
4. menegakkan benang yang basah
maksud: menegakkan perkara yang salah
ayat : Janganlah kita bersikap menegakkan benang yang basah walaupun antar rakan- rakan.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
maksud: situasi yang genting/ bahaya
ayat : Lelaki tersebut bagaikan telur di hujung tanduk apabila dia hampir dilanggar oleh lori tersebut.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
maksud: orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya
ayat: Walaupun Afham seorang yang pandai, dia tidak sombong dengan rakan- rakannya seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
maksud: mendapat keuntungan secara tiba- tiba
ayat: Ah Chong bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah memenangi loteri minggu lepas.
8. matinya semut kerana gula
maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
maksud: pergaduhan di antara adik – adik tidak akan berpanjangan tetapi akan baik semula
ayat: Pergaduhan anak- anak Sidek tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
maksud: kasih sayang yang tidak berkekalan
ayat: Kisah cinta pelajar sekolah kini hanyalah bagaikan embun di hujung rumput
11. seperti mendukung biawak hidup
maksud : melakukan pekerjaan yang sukar dan berbahaya
ayat : Harith seperti mendukung biawak hidup apabila melibatkan diri dalam ekspedisi ke gunung berapi itu.
12. sudah jatuh ditimpa tangga
maksud : menerima nasib malang yang berterusan
ayat: Hidup Mei bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah begnya diragut, rumah dia pula dirompak.
13. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
maksud: mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
ayat : Sikap jutawan itu bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana sibuk membiayai pelajar- pelajar cemerlang namun anaknya disuruh mencari wang sendiri.
14. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
maksud: dalam keadaan serba salah
ayat: Ayop tidak tahu untuk menggunakan duitnya untuk membeli buku atau membantu rakannya yang susah kerana ditelan mati emak, dibuang mati bapak.
15. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
maksud: berbuat baik atas sebab tersembunyi
ayat: Dia hanya berkelakuan sopan di hadapan perempuan itu untuk memikatnya kerana kalau tidak berada- ada, masakan tempua besarang rendah.
16. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
maksud: orang yang tamak selalu rugi
ayat : “Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang- bayang,” pesan ibu kepada adik.
17. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
maksud: tahu keadaan sebenar walaupun melihat luaran sahaja
ayat : Melihat raut wajah Faiz, sudah tahu dia sedang bersedih kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
18. genggam bara api biar sampai menjadi arang
maksud : berusaha bersungguh- sungguh sehingga berjaya
ayat : Oleh kerana kerajinan Zul dalam berlatih, dia berjaya mendapat tempat dalam pertandingan merentas desa umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
19. bagai mencurah air ke daun keladi
maksud: melakukan perbuatan yang sia- sia
ayat : Iskandar bagai mencurah air ke daun keladi apabila menegur adiknya yang degil.
20. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
maksud: kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak, namun kesalahan sendiri yang banyak tidak disedari
ayat: Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain kerana kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak..
21. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
Maksud : di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul
Bandar yang baru dibuka itu dipenuhi ramai orang bagaikan lalat mengharung najis.
22. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Pembangunan yang tumbuh dengan pesat
Bilangan pengunjung yang datang ke taman tema itu bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan
23. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
Maksud : Usaha gigih yang berterusan
Dia tekun menyiapkan kerja sekolahnya kerana dia yakin sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
24. seperti pelanduk dua serupa
Maksud: mempunyai wajah serupa
Semasa kecil, ramai yang menyangka kami kembar kerana kami seperti pelanduk dua serupa.
25. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik sejak dari kecil
Ayah mengajar aku adab dan peraturan ketika aku masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
26. seperti ular kena palu
Maksud : Tidak lurus atau bengkang-bengkok
Perarakan tersebut tidak menarik kerana barisannya seperti ular kena palu
27. mati semut kerana gula
Maksud : Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan
Oleh sebab terlalu asyik dipuji dan berbangga diri, dia akhirnya dipecat kerana perbuatan khianat yang dilakukan oleh seseorang kerana matinya semut kerana gula.
28. bagai mendapat durian runtuh
Maksud : Mendapat sesuatu tanpa disangka-sangka
Omi terkejut kerana dapat mengikuti kem di Langkawi bagai mendapat durian runtuh.
29. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
Maksud : Dua orang yang rapat tetapi mempunyai impian berlainan.
Saya dan Aishah mempunyai cita-cita yang berlainan walaupun telah 10 tahun berkawan rapat.
30. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Maksud : Membuang apa yang telah ada apabila mendengar sesuatu yang belum pasti
Dia menolak tawaran pekerjaan itu apabila dia mendapat tahu terdapat kekosongan pada jawatan yang dikehendakinya bagai mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
Comments
Post a Comment