Pemahaman Kertas 2 Percubaan SPM (Pulau Pinang) 2018
2a) (i) Apakah maksud rangkai kata kemampuan individu?
-kemampuan seseorang
(ii) Pengarang mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan penyertaan anak-anak dalam bidang tarian. Nyatakan peranan-peranan tersebut.
Antara peranannya ialah sokongan ibu bapa penting dengan memberikan peluang kepada anak-anak dan Ibu bapa juga dapat membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan
mempunyai hala tuju.
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia?
Kerajaan mengadakan kempen kesenian serta menganjurkan pertandingan kesenian dan kebudayaan dan memperkenalkan bidang kesenian dan kebudayaan di peringkat sekolah di sekitar Malaysia
2b) Prosa moden
(i) Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah.
Dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar?
Ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak serta memberikan didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak ketika usia muda
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.
Persoalan tentang keruntuhan akhlak anak-anak muda contoh dalam petikan ialah misalnya anak-anak muda dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi
Kepentingan ilmu agama contoh dalam petikan ialah bonda hanya membenarkan Mel ke kota setelah
benar-benar yakin dengan pegangan dan ilmu agama
2c) Prosa Tradisional
(i) Berikan maksud rangkai kata penjurit besar yang terdapat dalam petikan di atas.
- penjahat yang terkenal
(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke Melaka?
- Menyamar dan Meninjau sekeliling kampung
(iii) Sekiranya anda Kertala Sari, apakah cara yang dapat anda lakukan untuk menewaskan Laksamana?
-bertarung secara pahlawan dan berpakat dengan Patih Kerma Wijaya
2d) Sajak
(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya.
-diam dan mengenang dosa lalu serta berdoa memohon keampunan kepada tuhan
(ii) Dalam 2 baris terakhir sajak , penyajak menyatakan harapan agar dirinya tidak lupa bahawa dunia ini bersifat sementara. Pada pandangan anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara ?
- tidak melakukan perkara yang dilarang tuhan dan melakukan perkara atau amalan yang baik seperti perkara wajib
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini.
-Keinsafan kerana Penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu
- Kegigihan kerana penyajak gigih berdoa untuk memohon keampunan
Soalan 3
(i) lengan - lengang
a) lengan Aiman ditarik kehulur kehilir oleh ibu di Queensbay Mall
b) suasana di rumah lengang sebaik sahaja ibu menghanatr Aiman pulang ke asrama.
(ii) timang - timbang
a) Tok Aiman timang cucu barunya sambil menangis kegembiraan
b) Aiman timbang berat sayur-sayuran yang dibeli oleh Harith untuk menentukan harga yang berpatutan.
(iii) trafik - tragik
a) Keadaan trafik menuju ke arah utara sangat sibuk ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri
b) Peristiwa tragik itu masih memberi kesan yang mendalam kepada Aiman.
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima Ceria mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.
- Mata pelajaran sejarah pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul
pada setiap hari Sabtu.
(ii) Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.
-Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.
(iii) Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara.
-Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Adik dapat habiskan dua puluh cucok sate yang dibeli oleh ayah dalam satu masa.
-Menghabiskan-cucuk
(ii) Ayah menghadiahi senaskah novel kepada kakak sebagai tanda sayang terhadap anak sulungnya.
-Menghadiahkan-senaskhah
(iii) Khairul engkar nasihat ayahnya supaya dia tidak menggaul dengan budak- budak nakal.
-Ingkar-bergaul
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Keharmonian landskap di Putrajaya sungguh mempersonakan para-para pengunjung.
-Keindahan-para
(ii) Rumah tua itu masih boleh dibaik pulih demi untuk mengekalkan kesenian dan keaslian seni reka bentuknya.
-Usang-untuk
(iii) Kakitangan awam diwartakan supaya memakai baju batik tempatan di hari Khamis minggu bekerja.
-Diarahkan-pada
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan. .
(i) Dahulu dia tidak mengendahkan teguran dan nasihat yang diberikan. Setelah dia mengalami kegagalan, barulah dia menyedari kesilapannya.
-sudah terhantuk baru terngadah.
(ii) “Pagi tadi saya lihat adik-adik Raju bergaduh. Sekarang mereka sudah berbaik-baik semula,” kata Puan Mary.
-air dicincang tak akan putus.
(iii) Semasa berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Amran terpandang seorang tetamu yang paras rupanya seiras sahabat lamanya lantas dia menegurnya untuk berkenalan.
-pelanduk dua serupa.

Comments
Post a Comment