Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. LATIHAN 1 (i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas. Laksana bulan dipagari bintang. (ii) Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja. Seperti ayam patuk anaknya. (iii) Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan . Ada gula, ada semut. LATIHAN 2 (i) Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai. Ada rotan, ada duri. (ii) Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tida...
Comments
Post a Comment